
Tentang Buku Ini
Ini rahsia yang telah lama kami simpan. Syhhhh…! Jika anda ke hospital pasti akan ternampak mereka yang berbaju putih. Mukanya naïf. Rajin. Baik. Peramah. Sesekali menggentel kepala stetoskop yang tergantung di leher. Sesekali menulis-nulis di dalam kad rekod pesakit. Kelihatan nerdy dan ulat buku. Ya lah, para doktor itu lah. Sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi di sebalik watak innocent mereka. Seperti Clark Kent menyembunyikan baju ‘S’ ketat di balik kemeja dan cermin matanya. Seperti Peter Parker menyembunyikan sawang labah-labah dalam tubuhnya. Atau Bruce Wayne yang menyembunyikan mengantuknya kerana berjaga malam menyamar jadi kelawar. Mereka ini juga sebenarnya ada kuasa tersembunyi. Super-power yang selama ini dijaga rapi selama bergenerasi. Tapi ini rahsia tau. Syhhhh…! Kuasa apa? Ish… Kalau nak tahu, cuba belek naskhah ini. Dari depan hingga belakang… pasti akan berjumpa. Ini rahsia tau
Tentang Buku Ini
AMARAN : Jangan baca diari ini kerana diari ini sangat sedih. Nanti anda akan menangis teresak-esak. Bagaimana sekiranya anda menangis teresak-esak di hadapan di dalam kedai buku? Mesti malu. Jadi janganlah baca.
Tentang Buku Ini
“Sila pasangkan tali pinggang keledar anda.” Hari ini kapal terbang sudah menjadi pengangkutan yang rutin, affordable, mudah, dan selesa. Semua orang boleh terbang! Langkah pertama ke lapangan terbang, semua nampak tenang dan ceria. Wajah petugas yang senyum sampai ke telinga. Cantik-cantik (dan handsome) juga peramah. Nampak serba sempurna (kecuali apabila flight delay!). Tetapi tak siapa tahu hiruk-pikuk, kelam kabut, dan kerenah di sebaliknya. Cabaran yang didepani oleh setiap petugas, dari penjaga kaunter sehingga lah para juruterbang. Tidak semuanya smooth-take off. ‘Cuaca’ kadangkala tidak menentu. KRU DARI LANGIT adalah cerita mereka. Watak-watak yang kita temui sepanjang di lapangan terbang dan berada di udara. Tentu sekali, ia cerita sisi lain - yang anda tidak akan dengar melainkan dari kaca mata mereka. “Sit back, and enjoy the flight.”
Tentang Buku Ini
Di tengah kota Kuala Lumpur yang sepi, tukang ramal datang menyampaikan berita. Akan ada bencana melanda kota ini sekiranya cinta sejati tidak ditemukan! Pada suatu malam, Asmiranda menemukan seorang lelaki terbaring betul-betul di tengah jalanan. Siapa sebenarnya pemuda ini? Dari mana dia datang? "Kau tahu kebenarannya, bukan?" Tanya Latto: "Aku terlempar ke sini oleh Dewa Langit. Kau pun tahu sumpahan yang harus kulalui." "Dan kau juga tahu, kan?" Balas Asmiranda: "Hanya dengan menemukan cinta sejati, barulah sumpahan itu akan berakhir." Daripada penulis novel Hikayat Tanah Jauh, kumpulan cerpen Magis Kota dan Pop Urban yang telah memenangi pelbagai hadiah sastera.
Tentang Buku Ini
Bukankah di kebun itulah ayahmu menabur huruf kemudian Alif pun tertanam kejap dalam dirimu Segalanya terasa hijau di ubun-ubun. Ingatan bertumbuh, menggamit matahari dengan redup udaranya, membangkitkan nostalgia kampung yang kita mungkin tak pernah ada. Tetapi kita ada di situ—di samping penyair santun Rahimidin Zahari—mengerjakan sebidang tanah kenangan, dari benih tradisi dan akar warisan, menyuburkan puisi-puisi dari lecah dan lumpur. Sebanyak 50 puisi terpilih beliau dikumpulkan dalam naskhah segar ini untuk terus dibaca oleh generasi berikutnya. Mari, kita rentas sungai usia bersama-samanya, memaknakan kehidupan dan kematian: dua desa bening yang tak berpenghujung.