Helaian
Seram
7 Kematian
Auhor : Saidee Nor Azam
Publisher : Karangkraf
Login to Helaian

Tentang Buku Ini

Kematian hanyalah satu permulaan... Datuk Makhtar sanggup bersekongkol dengan iblis dan syaitan untuk mengalahkan musuh-musuhnya. Demi membalas dendam, dia perlu melengkapkan tujuh kematian yang berlainan sifat dan kekuatan. Namun begitu, Datuk Makhtar tidak menyedari dirinya bakal membangkitkan satu makhluk yang amat jahat dan kejam di atas dunia. Pertumpahan darah yang amat dahsyat bakal berlaku sekiranya makhluk hitam itu dihidupkan semula. “Kejahatan takkan selesai selagi kiamat belum menjelang.” - KIYAI “Makhtar jangan! Dengar cakap aku, jangan! Orang tua ni bukan manusia! Dia hanya ingin memperalatkan kau!” - DATUK KARIM “Memang jin tu mampu membunuh. Silap langkah, darah dan daging kamu akan menjadi santapan.” - TOK BAKIN
Seram
Bayang Puaka
Auhor : Aida Angerik, CikPuan Fifi, DrFendi Ameen, Sabrina Ismail, Siti Solehah, Zehann ur Rakhie
Publisher : PTS
Login to Helaian

Tentang Buku Ini

Bayang Puaka mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Lebuh Raya, Puaka Media Sosial, dan Puaka Terowong. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Zehann Ur Rakhie, Sabrina Ismail, CikPuan Fifi, Drfendi Ameen, Siti Solehah, dan Aida Anggerik. Selain kisah-kisah ini, sebagai bonus dimuatkan juga kisah seram yang benar-benar terjadi, yang mungkin juga pernah anda alami! Atau mungkin ia terjadi kepada kawan kepada kawan anda, atau sepupu kepada kawan kepada kawan anda. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatny
Seram
Puaka Koperasi Sekolah
Auhor : Mira Ishak, Siti Solehah, Balqis Jaz
Publisher : PTS
Login to Helaian

Tentang Buku Ini

Mesin fotokopi berfungsi lagi dan beberapa helai kertas bersaiz A4 keluar. Secara tidak sengaja Cikgu Bahari terpandang plag mesin fotokopi itu disangkutkan pada kerusi di sebelah mesin itu dan tidak terpasang pada soketnya. Serta-merta darah Cikgu Bahari terasa berderau. “Cikgu, tolonglah saya….” “Aaahh!” Cikgu Bahari memegang dadanya kerana terkejut. Jantungnya terasa seperti mahu luruh. Ada lembaga hodoh yang kudung tangan kanan sedang menyeringai di hadapannya. “Cikgu…,” panggil lembaga itu lagi. Cikgu Bahari menelan liur. Selama bertahun dia menguruskan hal ehwal kedai koperasi ini, tidak pernah pula dia diganggu sebegitu. Seumur hidupnya juga tidak pernah menghadapi peristiwa seperti ini. Lembaga itu terus mendekati, menampakkan taringnya yang runcing… Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Seram
Sus.suk
Auhor : Nnajwa Azmee
Publisher : Prolog Media
Login to Helaian

Tentang Buku Ini

Jika kemaafan dapat menenangkan jiwa, maka maafkanlah... Kehidupan Nasuha tak sebaik orang lain. Tanggungjawab yang perlu digalas terlalu besar untuk gadis seusianya. Namun, demi sayangnya pada keluarga, dia nekad untuk bertahan. Siantang menjadi tempatnya meluah rasa. Segala rahsia, kesedihan dan keperitan yang dialami akan dikongsi dengan Siantang; yang sentiasa berdiri utuh di hadapannya, yang tidak pernah menilai atau menghakiminya walaupun seburuk-buruk perkara berlaku dalam hidup Nasuha. Tetapi, semuanya berubah apabila ibu kesayangan Nasuha meninggal dunia. Rahsia hitam yang selama ini kebal tersembunyi, satu persatu mula terbongkar. Hidup Nasuha bertambah perit. Kenyataan perit yang terbongkar buat Nasuha rasa dikhianti hingga dia mula hilang pedoman. Apakah rahsia hitam yang menjadi punca Nasuha menjadi separuh gila? Dan mampukan Nasuha menerima dan memaafkan si pembuat angkara?
Seram
Zon Hitam
Auhor : Helmi Effendy
Publisher : Karangkraf
Login to Helaian

Tentang Buku Ini

~Tiada yang lebih gelap daripada sisi gelap seorang manusia.~ Lapangan Terbang Hang Nadim di Eurasia dirampas oleh kumpulan pengganas. Dalam masa yang sama, sebuah pesawat yang telah hilang lima tahun lalu muncul secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian, lapangan terbang itu diselubungi gelombang hitam yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa sebenarnya yang terjadi? Misteri apakah yang sedang melanda lapangan terbang itu? Bala tidak berhenti menyapa mereka yang berada di dalamnya.